13 Keluarga Dipindah Kerana Banjir Di Langkawi

LANGKAWI – Sebanyak 13 keluarga dari dua buah kampung di sini telah dipindahkan setakat ini selepas kediaman mereka dinaiki air pada hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Langkawi, Isahak Murat berkata sembilan daripada keluarga terlibat adalah dari Kampung Bohor Masjid, tiga lagi dari Kampung Belak dan sebuah dari Kampung Lubuk Setol.

“Mereka kini ditempatkan sementara di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang sehingga keadaan banjir di kawasan kediaman mereka pulih,” katanya semasa dihubungi Bernama.

Menurutnya arahan perpindahan itu dikeluarkan selepas paras air di kawasan kampung-kampung berkenaan berada pada 1.5 meter.

“Kami akan terus memantau keadaan walaupun sudah ada beberapa kawasan lain yang semakin pulih dari banjir ini yang disebabkan oleh hujan berterusan sejak pagi tadi,” katanya. – BERNAMA

 

kredit:mynewshub

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *