25 maut, bas dan trak bertembung

LIMA: Sekurang-kurangnya 25 maut apabila bas yang dinaiki terjunam kira-kira 100 meter di kawasan tebing selepas bertembung dengan sebuah trak.

Ketua polis bahagian rondaan lebuh raya, Kolonel Dino Escudero, berkata kejadian berlaku di lebuh raya pesisiran pantai kira-kira 45 kilometer di utara Lima.

Gambar dikeluarkan oleh agensi Peru, Andina menunjukkan penyelamat, polis dan anggota bomba bertugas di tempat kejadian sebuah bas terjunam sekitar 100 meter di tebing setelah bertembung dengan trak di lebuh raya pantai berhampiran Pasamayo, Lima. – Foto AFP

“Setakat ini, 25 penumpang disahkan maut, manakala lima lagi cedera.

“Anggota polis dan bomba kini bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa di lokasi kejadian.

“Kami percaya jumlah kematian dijangka meningkat,” katanya.

Ketika kejadian, bas yang membawa 53 penumpang itu dipercayai dalam perjalanan dari Huacho kira-kira 130 kilometer di utara ibu negara, Peru itu, menuju ke Lima. – AFP

kredit:BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *