6 maut lori tangki meletup

ROME: Enam mangsa, termasuk dua kanak-kanak maut apabila sebuah kereta merempuh lori tangki yang membawa muatan petrol di kawasan lebuh raya di Brescia, di utara Itali, semalam.

Menurut laporan, daripada jumlah itu, lima mangsa, iaitu tiga dewasa dan dua kanak-kanak menaiki kereta dengan nombor pendaftaran Perancis.

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran lori tangki yang terbakar di utara Itali, semalam. – Foto EPA-EFE

Kemalangan itu dipercayai berlaku selepas sebuah lori merempuh kereta terbabit, menyebabkan ia terbabas lalu melanggar lori tangki yang kemudiannya meletup.

“Pemandu lori terbabit turut terbunuh, manakala pemandu lori tangki berjaya menyelamatkan diri,” kata laporan media tempatan dan polis. – AFP

Keadaan lokasi kejadian sebuah kereta merempuh lori tangki yang membawa muatan petrol di kawasan lebuh raya di Brescia, di utara Itali, semalam. – Foto EPA-EFE

krediti:BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *