Aksi Pelik Iqram Jadi ‘Trending’?

PENULARAN video pelakon Iqram Dinzly yang menyaksikan dia tampil melakukan aksi pelik dan seakan-akan lucah di laman sosial peribadinya terus hangat diperkatakan netizen.

Beberapa siri video yang dibuat secara langsung oleh aktor berusia 36 tahun itu nampaknya turut dimuat naik ke YouTube dan ia mendapat sambutan luar biasa penonton.

Malah lima video yang berkisarkan mengenai Iqram atau Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin memasuki carta sohor kini (trending) YouTube Malaysia.

Salah satu daripada video itu yang berjudul ‘Akhirnya Terjawab… Pakar Buka Mulut Isu Perangai Pelik Iqram Dinzly’ yang menampilkan video berbentuk teks petikan daripada artikel asal mStar Online sendiri, ‘Iqram Dinzly Perlukan Pertolongan, Rawatan – Pakar’ kini berada di tangga pertama carta itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqram Dinzly Perlukan Pertolongan, Rawatan – Pakar

 

Antara video berkaitan Iqram yang kini sedang trending di Youtube.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqram Dinzly Dikatakan Bersikap Pelik, Kurang Waras

Ia sebelum ini dijuarai oleh muzik video lagu Abang Nak Tegur 2.0 nyanyian usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Empat lagi video lain masing-masing menduduki tangga kedua, enam, lapan dan 15 carta itu.

Rata-rata pengguna YouTube melahirkan rasa simpati terhadap Iqram dan berharap pelakon itu segera mendapatkan pertolongan kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengannya.

Ramai di antara mereka juga meminta agar netizen tidak terus mengkritik Iqram kerana perlakuan ditunjukkannya mungkin disebabkan masalah serius.

“Jangan pandang ringan terhadap apa yang anda tonton kerana kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang dihadapi oleh Iqram.

“Ia mungkin tekanan perasaan atau depresi yang menyebabkan Iqram berkelakuan begitu dan berharap dia segera mendapatkan pertolongan,” tulis netizen.

Sebelum ini, Ketua Unit Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dr Fauziah Mohd Saad kepada mStar Online berkata, pelakon berkenaan perlu mendapatkan rawatan psikiatri bagi menyelesaikan masalah mental yang dihadapinya.

 

 

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *