Analisis Taktikal: High Pressing Terengganu FC, Mobiliti Lee Tuck, Lemaskan Red Giants

Bagi yang hadir ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, atau pun mengikuti secara siaran langsung, perlawanan di antara Terengganu FC dan Selangor FA semalam adalah antara hidangan corak permainan menyerang menghiburkan di Liga Malaysia 2018 setakat ini.

Lima gol dihidangkan. Dua daripadanya pasti membuatkan anda berdiri dari tempat duduk,dan corak permainan pantas oleh Terengganu. Bagi yang neutral, anda pasti menggemari pertunjukkan bola sepak sebegini.

Formasi pasukan

Pasukan tuan rumah, Terengganu FC pada asasnya mempertaruhkan formasi 4-3-3. Thierry Bin diberikan peranan sebagai pemain tengah bertahan, juga sebagai pivot tunggal oleh Irfan Bakti.

Pemain antarabangsa Kemboja itu kemudiannya diapit oleh Lee Tuck dan juga Faiz Nasir untuk membentuk rangkaian tiga pemain tengah, yang menjadi asas kepada corak permainan Terengganu FC.

Skuad Red Giants yang sudah mencatat dua kemenangan di bawah kendalian P.Maniam, terus mempertaruhkan formasi 3-4-2-1.

Sumber: FA Selangor, Facebook.

Di atas kertas, kedua-dua pasukan mempunyai taktikal yang jelas. Namun apakah isunya?

Seperti kebanyakkan persoalan oleh pembaca kami:

1. Adakah Selangor bermain teruk?

2. Adakah taktikal Irfan Bakti lebih baik daripada taktikal Selangor?

Corak permainan Selangor

Untuk perlawanan ketiga MSL 2018, secara taktikal P.Maniam dan Selangor tiba ke perlawanan ini tanpa banyak perbezaaan.

Corak serangan mereka berkisar kepada kelajuan dua bek sayap, K. Kannan dan juga D. Kugan, serta keupayaan Evan Dimas (box to box) sebagai pemain tengah, untuk mencipta peluang jaringan.

Lakaran 1: Formasi asas dan serangan Selangor.

Di dalam sistem ini, Rufino Segovia merupakan target man, manakala Ilham serta Syahmi akan bertindak sebagai pemain sayap menyerang.

Irfan lumpuhkan sistem Selangor

Sebelum perlawanan ini, Selangor telah menjaringkan 6 gol. Skuad P. Maniam juga mempunyai corak permainan yang mempunyai fluidity yang tinggi, dibantu oleh gerakan-gerakan dari bahagian sayap dan tengah.

Untuk itu, Irfan terlebih dahulu memastikan Selangor tidak mampu bermain seperti kebiasaan dalam dua perlawanan lalu.

Lakaran2: Taktikal TFC di tengah lumpuhkan Selangor.

Lakaran di atas, adalah gambaran kasar bagaimana bahagian tengah Terengganu FC beroperasi. Lee Tuck dan Faiz Nasir memanipulasi bahagian half space.

Kehadiran Kamal Azizi yang sering melakukan overlap, disertai dengan persefahaman dengan Abdul Malik, menutup ruang untuk K. Kannan melakukan serangan bagi Selangor.

Perkara sama berlaku pada D.Kugan di sebelah sayap kanan Selangor. Kelincahan Tchetche Kipre, Shahrul Aizad dan Faiz Nasir menyebabkan Kugan terpaksa membantu Razman di bahagian itu.

Taktikal oleh Irfan ini mamaksa Selangor bertahan sehingga di garisan rendah.

Kami huraikan dengan lebih mendalam.

High pressing Terengganu FC lumpuhkan Selangor

Build up serangan Selangor sering bermula dari bawah. Untuk itu, Terengganu FC melakukan high pressing untuk melumpuhkan permulaan serangan skuad P.Maniam.

Lakaran 3: TFC bunuh build up serangan Selangor di high line.

Perhatikan bagaimana pressing oleh pemain Terengganu FC, bertujuan untuk tidak memberi ruang kepada pemain Selangor memulakan serangan.

Pada ketika ini, bahagian tengah Selangor, sudah seolah-olah terputus hubungan dengan bahagian serangan. Pilihan lain, hantar bola ke bahagian pertahanan.

Lakaran 4: Pemain Terengganu sentisa bergerak melakukan pressing.

Akibatnya, pemain Selangor hanya punyai pilihan menghantar bola ke belakang. Sekali lagi, sehingga dua pemain Terengganu mengejar bola untuk melakukan pressing.

Apabila Alfonso Calero turut gagal berfungsi sebagai pivot di bahagian tengah, unit tengah Selangor bagaikan telah dimatikan. Tiada hantaran kepada Evan, Ilham, Syahmi dan juga Rufino. Pilihan lain? Bola lambung.

Perhatikan bagaimana Terengganu FC isolated-kan serangan Selangor.

Lakaran5: Serangan Selangor isolated.

Fitri Omar diberikan tugas untuk melakukan man marking terhadap Syahmi. Thierry Bin asasnya kelihatan seperti pivot. Dalam perlawanan ini,

Thierry Bin adalah pemain tengah pertahanan untuk mematikan ancaman Evan. Tugas mudah buat Thierry kerana Evan jarang memeperolehi bola.

Nasrullah diberikan tugas untuk man marking Rufino, tatkala Igor akan mengambil tugasan tersebut ketika ancaman set-pieces dari Selangor. Ia adalah sistem man marking yang jelas daripada Irfan.

Kamal Azizi akan turun membantu hanya sekiranya diperlukan.

Tchetche deep-lying forward, Abdul Malik direct winger

Di atas kertas, Tchetche Kipre bermain di bahagian tengah dalam rangkaian 3 serangan Terengganu FC. Tetapi jika mobiliti dan gerakan Tcheche diambil kira dalam perlawanan ini, Irfan menjadikan beliau mirip No.9 jadian.

Namun demikian posisi sebenar Tchetche adalah sebagai deep-lying forward. Tchethce bukan penyerang No.9 tipikal yang menunggu bola untuk disudahkan.

Lakaran 6: Corak pergerakan Tchetche

Beliau akan turut sedikit ke bawah, untuk mendapatkan bola, sebelum menggunakan kelebihan teknikal beliau untuk memberi masalah kepada pertahanan kiri atau kanan pertahanan lawan.

Jika anda sukar membayangkan posisi penyerang dengan peranan deep-lying forward, ambil contoh Wayne Rooney. Penyerang baka ini lebih cenderung turun sedikit ke bawah, mencipta peluang dan mencari ruang, sebelum menjaringkan gol.

Perhatikan kotak putih di dalam Lakaran 6 di atas. Razman dan Kugan sering mempunyai masalah untuk membaca pertukaran posisi Shahrul dan Tchetche di bahagian tersebut.

Shahrul akan bergerak sedikit ke tengah apabila Tchetche menuju ke bahagian kiri serangan, sebelum turut disertai oleh Faiz Nasir.

Sumber: TFC, Facebook

Pada sesuatu masa, kedua-dua pemain kelihatan seperti keliru akan fungsi dan peranan masing-masing, disebabkan kekerapan pertukaran posisi yang dilakukan oleh Tchetche, Shahrul, dan Faiz.

Manakala di sebelah kanan, Abdul Malik dan Kamal Azizi, konsisten memberi ancaman dengan kelincahan masing-masing.

Mobiliti Lee Tuck

Tidak syak lagi bahawa Lee Tuck adalah pemain terbaik kami dalam perlawanan ini. Beliau menjaringkan dua gol yang cukup cantik, menghasilkan satu bantuan gol untuk Tchetche, serta memulakan gol yang dijaringkan oleh Shahrul Aizad.

Beliau akan turut bergandingan bersama Thierry Bin ketika perlawanan memerlukan Terengganu FC untuk bertahan.

Lakaran 7: Transisi gerakan Lee Tuck

Namun kerana hantaran melalui sepakan percuma beliau terbias oleh pemain lain, sebelum muntah daripada tampanan Norazlan Razali, ia tidak dikira sebagai bantuan gol secara teknikal.

Jika tidak, ia pasti perlawanan yang sempurna buat Lee Tuck.

Dalam perlawanan ini, Lee Tuck merupakan seorang pemain tengah box-to-box yang mempunyai mobiliti yang tinggi. Peranan No.6 oleh Lee Tuck bergerak ke pelbagai arah dalam permainan, mewujudkan variasi serangan dari setiap sudut untuk Terengganu FC.

Dengan kata lain, beliau adalah fokal kepada serangan Terengganu FC.

Lee Andrew Tuck vs Selangor FA (Goals,Assist And Pass – 2018)from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Rumusan

Amat menarik untuk menyaksikan skuad Irfan Bakti pada musim ini, jika mampu beraksi dengan tempo permainan sebegini untuk tempoh 90 minit sepanjang musim.

Ketika menentang PKNS FC, mereka turut memberi bayangan kepada corak permainan yang sama. Namun kegagalan mengekalkan momentum dan tempo permaianan, akhirnya dihukum.

Bagi skuad P. Maniam, variasi dalam melakukan serangan adalah sesuatu yang perlu dibaiki. Setelah dua perlawanan awal, taktikal Selangor sangat mudah dibaca oleh pihak lawan.

Walaupun menerapkan formas dan DNA permainan yang sama, elemen kejutan adalah wajib berdasarkan lawan yang dihadapai.

Rumusan ini adalah jawapan kepada dua persoalan utama di perenggan di atas.

 

kredit:Semuanyabola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *