Bas putus dua dirempuh kereta api, kanak-kanak maut

MILLAS – PERANCIS. Empat kanak-kanak maut selepas sebuah bas dilanggar kereta api sehingga putus dua di landasan diantara Millas dan Saint-Feliu-d’Amont, petang semalam.

Menurut laporan BBC, mangsa yang maut berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun dan merupakan pelajar dari sekolah berhampiran.

Pemandu bas dan lapan mangsa lain cedera ringan manakala 11 lagi dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Presiden majlis kerajaan tempata. Occitanie, Carole Delga pula mengatakan kelengkapan di lokasi kejadian ‘dalam keadaan sempurna’ dan ‘baru dinaiktarafkan’.

Bagaimanapun, nenek seorang mangsa yang cedera mengatakan cucunya ternampak palang yang sepatutnya turun untuk memberi laluan kepada kereta api gagal turun.

“Lampu merah yang sepatutnya berkelip juga tidak menyala,” kata nenek mangsa.

Seramai 70 pekerja kecemasan dan empat helikopter terlibat dalam operasi menyelamat mangsa kejadian berkenaan.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron meluahkan rasa simpatinya terhadap mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat melalui Twitter.

 

kredit:sh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *