Bosan Didesak Beli Kereta, Suami Kerat & Bakar Isteri

JAKARTA – Bak kata pepatah sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Begitulah yang dilalui oleh seorang lelaki di Indonesia ini yang bertindak membunuh isterinya.
Kejadian kejam yang berlaku di sebuah perkampungan di daerah Tegalwaru, Bogor, wilayah Jawa Barat itu menjadi gempar sehingga mencetuskan kegusaran netizen laman sosial.

Lapor portal Tribunnews, Muhammad Kholil ditahan pihak polis pada 13 Disember baru-baru selepas mengerat dan membakar sebelum membuang mayat isterinya, Siti Saidah, 21.

Tindakan kejam itu dipercayai berlaku kerana suspek yang baru berusia 23 tahun itu tidak tahan dengan desakan isterinya yang mahu memiliki kereta.

Pasangan tempatan ini berkahwin pada tahun 2015 setelah saling mengenali antara satu sama lain menerusi laman sosial Facebook.

Mengikut apa yang diceritakan oleh Kholil, rumah tangga mereka pada mulanya bahagia dan dikurniakan seorang anak.

Namun, sejak dia tidak mampu lagi memberikan kehidupan senang seperti diimpikan oleh isterinya, rumah tangga mereka mula goyah.

Pergaduhan antara mereka kerap berlaku dan dia sering diejek oleh Nindya dengan kata-kata yang menyakitkan seperti dia seorang suami tidak bertanggungjawab dan turut mengatakan harta lebih penting daripada kesetiaan.

Desakan dan provokasi daripada isterinya yang meminta membeli sesuatu di luar batas kemampuan termasuk kereta baru, membuatkan Kholil mengambil langkah mudah dengan ‘mendiamkannya’.

Dalam pertengkaran yang berlaku pada 4 Disember lalu, Kholil tanpa berfikir panjang memukul bahagian leher isterinya sebanyak dua.

Pukulan itu bagaimanapun menyebabkan isterinya meninggal dunia, lantas Kholil merasa panik sehingga dia mengambil keputusan untuk memotong kepala dan kaki pasangannya itu.

Dia berbuat demikian agar mayat mangsa mudah dimasukkan ke dalam kotak dan senang dibawa keluar tanpa pengetahuan orang sekeliling.

Bagaimanapun Kholil mengaku berasa takut sewaktu melakukannya serta tergambar wajah anaknya yang masih kecil. Rahsia itu disimpan namun dia sering kali dihantui rasa bersalah dan takut.

Difahamkan, kepala dan kaki mangsa kemudian dibuang di satu lokasi sementara badan dibakar di kawasan berasingan di Ciranggon bagi menghilangkan bukti tentang kematian.

Kekesalan yang tidak tertanggung terpapar pada wajah Kholil sehingga dia menangis teresak-esak ketika menceritakan kronologi kematian isterinya sepanjang sidang media berlangsung.

Menurut ketua polis Kerawang, Kholil boleh dihukum mati atau dipenjara seumur hidup jika disabitkan kesalah.

Sebelum ini, pasangan berkenaan difahamkan begitu bahagia dan sering memuat naik gambar kemesraan mereka di Instagram.

Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Adakah Kholil yang membunuh disebabkan desakan atau isterinya yang tertalu mendesak mahukan sesuatu di luar kemampuan suaminya?

Pengajaran yang boleh diambil, hidup sebagai suami isteri perlu saling faham-memahami dan bertolak ansur. – MYNEWSHUB.CC

 

kredit:mynewshub

 

 

‘Saat Itu Saya Terbayang Wajah Anak Kami”, Pengakuan Penuh Emosi Suspek Bunuh Isteri Akibat Bosan Didesak Belikan Kereta

 


Suspek kes pembunuhan kejam di Jawa Barat, Indonesia, Muhammad Kholil, 23, membuat pengakuan emosional kepada pihak berkuasa.

Katanya, ketika dia hendak membunuh siterinya, Siti Saadah, 21, dia mengaku terbayang wajah anak mereka yang berusia 2 tahun ketika itu.

“Sewaktu saya mengerat tubuh Siti, saya hanya teringat anak. Saya menangis terbayangkan anak,” kata Kholil kepada Pesuruhjaya Polis Karawang, Rano Hadianto seperti yang dilaporkan oleh media negara jiran tersebut.

Ujar Kholil, satu-satunya anak hasil perkahwinanya dengan Saadah itu kini dibawah jagaan ibu bapanya di Bogor.

Menurut kes, Kholil dikatakan bertindak dengan kekerasan ketika dia denagn isterinya sedang bertengkar pada Isnin minggu lalu. Kholil turut mendakwa bahawa Saadah terlebih dahulu bertindak mencekik dirinya sebelum perbuatan tersebut dibalasnya dengan dua pukulan pada leher Saadah.

Akibat daripada pukulan tersebut, Saadah telah terjatuh dan tidak sedarkan diri. Kholil yang panik kemudian bertindak memeriksa nadi dan degupan jantung Saadah namun ternyata ia sudah terhenti.

“Saya bingung, lalu saya tutup mulutnya menggunakan pita pelekat,” akuinya.

Kata Kholil lagi, sehari selepas kejadian tersebut dia nekad untuk mengerat tubuh isterinya kepada tiga bahagian iaitu kepala, badan dan kaki menggunakan golok. Dia kemudian bertindak membuang  bahagian kepala dan kaki mayat isterinya di Tegalwaru, sementara badan Siti dibuang ke Desa Ciranggon.

Siti Saadah

Kholil bagaimanapun bimbang cebisan mayat tersebut dijumpai oleh orang awam dan membuatkan perbuatanya terbongkar lalu datang kembali keesokan hari untuk membakar cebisan tersebut.

Kholil mendakwa dia membunuh isterinya kerana mengaku bosan akibat sering kali didesak untuk membeli sebuah kereta.

Katanya lagi, dia sudah memberitahu isterinya sebelum ini bahawa dia hanya bekerja sebagai budak pejabat dan pendapatannya sekitar Rp 3.8 juta tidak cukup untuk membeli kereta.

”Dua bulan lepas dia meminta saya membelikan kereta kerana malu dengan jiran sekeliling yang sudah memiliki kereta. Tetapi saya tidak dapat penuhi permintaan tersebut.

”Saya pernah memberitahu bahawa boleh menyewa kereta, namun dia tidak mahu,” kata Kholil lagi.

kredit:Siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *