Chelsea ‘kalah dalam menang’?

LONDON: Chelsea menhidupkan peluang untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Swansea 1-0 sebentar tadi dengan menyaksikan pengurus mereka, Antonio Conte diarahkan ke tempat duduk penyokong kerana bertindak kasar terhadap pengadil.

Conte hilang sabar lewat permainan babak pertama di Stamford Bridge sebelum diarah meninggalkan tepi padang selepas bertengkar dengan pengadil keempat, Lee Mason berikutan pengadil, Neil Swarbrick tidak menghadiahkan Chelsea sepakan penjuru.


PENGADIL perlawanan, Neil Swarbrick mengarahkan pengurus Chelsea, Antonio Conte ke tempat duduk penyokong kerana bertindak kasar terhadap pengadil. – Foto Reuters

Chelsea berdepan kesukaran selepas ketiadaan Conte tetapi berjaya meraih gol apabila pertahanan Jerman, Antonio Rudiger menanduk masuk ke gawang lawan minit ke-55 sekali gus gol pertamanya sejak berhijrah dari Roma.

Di sebalik meraih kemenangan kelima daripada enam perlawanan liga, Chelsea kekal di belakang pendahulu, Manchester City dan ia memerlukan keajaiban bagi mereka untuk mempertahankan kejuaraan liga.

AKSI Antonio Rudiger menanduk masuk ke gawang Swansea pada aksi liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Dengan perlawanan bertemu pasukan yang di kelompok bawahan liga akan berlangsung pada Disember, Chelsea berharap sekurang-kurangnya dapat merapatkan jurang dengan City menjelang tahun baru nanti.

Swansea pula kekal menduduki tangga kedua tercorot dengan tekanan semakin memuncak untuk pengurus, Paul Clement susulan gagal meraih kemenangan dalam enam perlawanan liga dan gagal menjaringkan gol pada empat perlawanan terakhir. – AFP

kredit:BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *