[GAMBAR &VIDEO]Banjir di Pulau Pinang semakin buruk

BUTTERWORTH: Hujan lebat berterusan lebih 17 jam memburukkan lagi keadaan banjir yang menjejaskan kebanyakan kawasan di negeri ini.

Hujan lebat sejak jam 12 tengah hari berserta angin kencang semalam, turut melumpuhkan sebahagian kawasan di Georgetown dan Seberang Perai, selain menyebabkan hakisan tanah, pokok tumbang serta kesesakan lalu lintas luar biasa.

Dalam kejadian ribut malam tadi, seorang warga Bangladesh dilaporkan maut manakala rakannya hilang selepas rumah didiami dihempap pokok di Kampung Perlis, Jalan Assumption, Butterworth di sini.

 

 

Di Georgetown, antara kawasan terjejas termasuk Kampung Masjid, Jalan P Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Kebun Lama, Lebuh Carnovan, Jalan Anson dan Halaman Bukit Gambir.

Menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Timur Laut, hujan lebat menyebabkan paras Sungai Pinang, Sungai Air Itam dan Sungai Dondang mencecah paras bahaya dengan masing-masing mencecah 2.83 meter, 6.58 meter dan 21.88 meter.

Antara kawasan terjejas di Seberang Perai ialah Taman Siakap, Permatang Rawa, Taman Senangin, Padang Lalang, Mak Mandin dan beberapa kawasan di Pena

 

 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata lebih banyak pusat pemindahan dibuka sejak tengah malam tadi untuk menempatkan penduduk yang terjejas.

Beliau berkata, antara pusat pemindahan yang dibuka ketika ini termasuk Dewan Orang Ramai Mengkuang Titi, Pusat Banjir Lubok Meriam, Sekolah Agama Masjid Mengkuang Semarak, Dewan Orang Ramai Kampung Kota, Dewan Pengkalan Tambang,  Dewan Banjir Guar Perahu, Sekolah KAFA Kubang Semang, Sekolah Kebangsaan (SK) Penanti dan Surau Kampung Tok Subuh.

“Pusat pemindahan turut dibuka di SK Sungai Pinang dan SMK Teluk Kumbar 1. Kita anggarkan lebih 500 penduduk dipindahkan di semua pusat yang dibuka.

“Sehingga jam 3 pagi tadi, kerja menyelamat dan memindahkan mangsa giat dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Jurucakap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata, cuaca buruk sejak semalam menyebabkan 26 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) masing-masing untuk ketibaan dan pelepasan ditunda.

“Tiga pesawat terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan satu pesawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Keadaan banjir kilat di sekitar Georgetown, Pulau Pinang. – Video Mikail Ong

Berita Harian Online 发布于 2017年11月4日

 

 

 

 

 

 

kreddit:beritaharian

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *