[GAMBAR]10 Cedera Dalam Kemalangan Bas Ekspres, Lori

JASIN – Sepuluh orang dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Km178.4 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) menghala utara dekat susur keluar persimpangan Jasin, pagi ini.
Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Melaka Rahizam Ruzali berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada kira-kira 9.48 pagi tadi.

“Laporan awal yang kami terima daripada pihak PLUS sebanyak 10 orang cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori dengan bas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kemalangan itu pihak PLUS membuka laluan kontra kira-kira 11 pagi ini di Km177.9 dan aliran trafik setakat ini perlahan di kedua-dua arah, katanya. – BERNAMA

 

 

 

 

 

 

kredit:mynewshub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *