Gangguan Air Di Sungai Buloh

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Petaling di sini, akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam bermula 10 malam Isnin ekoran kerja-kerja pembaikan kecemasan berikutan kebocoran di jajaran paip utama berhampiran Stesen Bas KTM Sungai Buloh.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan berkata kawasan yang terjejas ialah Saujana Utama Sungai Buloh, Bukit Saujana Sungai Buloh, Sungai Buloh Country Resort, Sierramas, PJU 10 Prima Damansara, Hospital Kusta Sungai Buloh, Kampung Desa Aman Sungai Buloh, Kampung Masjid Sungai Buloh dan Jalan Hospital Sungai Buloh.

Turut terjejas Bandar Baru Sungai Buloh, Taman Komersial Sungai Buloh, Sungai Buloh Jaya, Merbau Sempak, Penjara Sungai Buloh, Plaza Tol Sungai Buloh, R and R Jejantas Sungai Buloh, KTM Sungai Buloh, Kem Tentera Sungai Buloh, Kem Tentera Paya Jaras, Paya Jaras dan Kubu Gajah.

Syabas berkata kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada 10 malam esok (Selasa).

“Bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air ke kawasan yang terlibat dan pengguna boleh memohon bekalan air bantuan menerusi sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ke 15300 (Taip: Tanker Nama dan Alamat),” menurut kenyataan itu.

Pengguna juga boleh merujuk laman web www.syabas.com.my atau melalui aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’ untuk maklumat terkini gangguan itu. – BERNAMA

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/10/30/gangguan-air/#DU1O5R45Czxy9f63.99

 

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *