Harga petrol turun 1 sen, diesel naik 3 sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 1 sen manakala harga diesel naik sebanyak 3 sen.

Mulai tengah malam ini, harga baru RON95 ditetapkan pada RM2.26 seliter manakala RON97 pula RM2.53 seliter.

Diesel pula akan dijual pada harga RM2.26 berbanding RM2.23 seliter pada minggu ini.

Kesemua harga baharu itu berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 3 Januari 2018.

Harga itu dimaklumkan menerusi laman Twitter dan Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebentar tadi.

 

 

kredit:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *