Isteri Ditembak Lewat Sedia Makanan

GHAZIABAD: Seorang lelaki berusia 60 tahun telah ditahan pada Ahad lalu selepas menembak isterinya yang lambat menyediakan hidangan makan malam.
Menurut laporan Times of India (TOI), lelaki tersebut, Ashok Kumar pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan meminta isterinya, Sunaina,55, memasak hidangan malam.
Pergaduhan berlaku apabila Sunaina enggan menyediakan makanan dengan cepat.
Berang disebabkan kelewatan itu, Kumar mengeluarkan pistol dan mengugut menembak isterinya.
Walaupun anak mereka cuba menghalang, namun Kumar telah menembak kepala isterinya itu.
Sunaina digegaskan ke hospital dan disahkan meninggal sebaik sahaja tiba di sana.
Menurut pegawai polis Uttar Pradesh, Rupesh Singh kepada BBC, Kumar yang mabuk setiap hari mengaku dan menyesali perbuatannya itu.
Dalam pada itu, BBC melaporkan bahawa keganasan terhadap wanita adalah kes yang paling banyak dilaporkan di India setiap tahun.
Kes keganasan rumah tangga dilaporkan setiap empat minit pada 2015.
Walaupun keganasan tidak asing lagi di India dan apa yang menggalakkan ia terus berlaku adalah ‘budaya diam dan setuju’, jelas laporan itu. – The Straits Times/Asia News Network

sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *