Jakim ‘Dihalang’ Sahkan Identiti Sajat?

PETALING JAYA: Selepas hampir sebulan, keputusan untuk mengetahui identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman mungkin mengambil masa lebih lama apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendakwa telah ‘dihalang’ untuk meneruskan prosedur berkenaan.

Bercakap kepada mStar Online, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof mendedahkan prosedur itu ‘dihalang’ oleh orang ketiga di pihak Sajat.

“Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini,” katanya kepada portal berita ini pada petang Selasa tanpa mendedahkan siapa individu tersebut.

Pada 19 Januari lalu, Mohd Izwan dalam satu kenyataan berkata, Jakim bersetuju beberapa proses perlu dilalui oleh Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi, dan dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum.

ARTIKEL BERKAITAN: Jakim Makin Hampir Dedah Identiti Sebenar Sajat

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Sedia Jumpa Jakim Tapi…” – Nur Sajat

ARTIKEL BERKAITAN: Jakim Mahu Lebih Mengenali Nur Sajat

ARTIKEL BERKAITAN: Identiti Sajat: Jakim Temui Jalan Penyelesaian

Ditanya bila prosedur tersebut ‘dihalang’ oleh pihak ketiga, Mohd Izwan hanya berkata: “Apa-apa kami akan maklumkan kemudian, tapi pada masa ini ada terhalang.”

Bagaimanapun, Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim berkata, pihaknya tetap komited meneruskan proses untuk mendapatkan pengesahan identiti sebenar usahawan itu bagi menjawab persoalan masyarakat.

“Kita akan cuba selagi upaya untuk memujuk Sajat meneruskan proses-proses itu. Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu,” katanya yang enggan mengulas lanjut, namun menjelaskan bahawa persetujuan yang dimaksudkan adalah mendapat kerjasama di pihak Sajat.

 


Mohd Izwan (kiri) bersama ibu bapa Sajat serta usahawan kosmetik itu ketika mengadakan pertemuan di Wisma Nur Sajat.

mStar Online telah menghubungi Sajat dan sedang menunggu maklum balas daripada usahawan kosmetik itu berhubung perkara tersebut.

Dalam pada itu, beliau menafikan seorang pegawai wanita dari Jakim telah mengesahkan jantina sebenar Sajat, sebagaimana yang didakwa oleh seorang penulis blog menerusi penstriman video secara langsung di laman Facebook pada Selasa.

“Ia hanya sebahagian perbualan daripada pegawai wanita di Jakim. Tentang pengesahan jantina hanya boleh dibuat oleh doktor pakar yang bertauliah sahaja,” jelas Mohd Izwan.

Bulan lalu, Jakim menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar Sajat selepas mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik itu di Wisma Nur Sajat di Shah Alam.

Difahamkan, hajat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran cemuhan dan kecaman netizen sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti Sajat.

 

 

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *