Kedah bawa tiga pemain muda

SKUAD Helang merah Kedah bakal diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain skuad Piala Presiden Kedah dan seorang lagi pemain muda untuk saingan musim 2018.

Menerusi maklumat yang dikeluarkan dalam laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), dua pemain yang dimaksudkan ialah Zulfahamzie Mohd Tarmizi dan Muhd Nurfiqrie Abdul Talib.

Zulfahamzie, 22, adalah pemain yang beraksi dibahagian tengah dan sayap serta pernah mewakili skuad muda Selangor sebelum pihak pengurusan mengesan bakatnya untuk memperkuatkan skuad Kedah.

Sementara Muhd Nurfiqrie, 22, pula akan beraksi di bahagian pertahanan kanan dan dia antara pemain muda yang memulakan karier bersama skuad Piala Presiden sejak 2014.

Menurut jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, ini peluang terbaik untuk kedua-dua pemain berkenaan meningkatkan lagi bakat dengan skuad senior musim hadapan.

“Saya berharap mereka dapat mengembangkan bakat ke tahap terbaik dan segera menyesuaikan diri dengan pasukan yang berprofil lebih tinggi.”

Dalam perkembangan sama sebelum ini, Media KFA juga mengumumkan seorang lagi bakat muda iaitu Mohd Zafuan Azeman yang pernah mewakili skuad Perlis musim lalu dan akan bersama Kedah musim hadapan.

Zafuan yang berusia 18 tahun antara penyerang muda yang berbakat besar dan tidak asing Kedah kerana pernah bersama skuad senior Helang Merah dalam beberapa perlawanan pra musim tahun lalu.

Selain pengalaman di peringkat kebangsaan, bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu memiliki jiwa besar selaku penyerang dan bakal memberi saingan hebat di bahagian depan pasukan.

 

kredit:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *