Kejutan Si Suami, Pelamin Dipenuhi Teddy Bear

TEDDY bear atau patung beruang bersaiz besar sentiasa menjadi pilihan utama si dia untuk membuat surprise kepada pasangannya. Tetapi, bagaimana pula jika teddy bear tersebut digandingkan bersama raja sehari di hari persandingannya?

Keadaan itu berlaku apabila Muhammad Firdaus Zainuddin, 21, membuat kejutan kepada isterinya, Nirda Rauda Mohd Yusof, 20, semasa majlis persandingan mereka yang diadakan di Klang pada akhir bulan lalu.

Mereka juga baru menerima gambar-gambar majlis tersebut daripada jurugambar pada hujung minggu lalu.

Beberapa patung beruang yang dihias dengan reben dan selendang untuk majlis tersebut disusun di atas pelamin bersama-sama pasangan raja sehari itu bagi sesi bergambar.

“Saya dan isteri mula berkenalan sejak kami di bangku sekolah, masing-masing di Tingkatan Empat dan Tingkatan Tiga. Kebetulan, sekolah kami berdekatan.

“Sejak perkenalan kami selama lima tahun, isteri memang suka teddy bear. Ada juga patung beruang yang saya beli, tapi tak banyak sebab saya masih bersekolah jadi perlu menyimpan wang kalau nak belikan dia hadiah,” katanya memetik laporan mStar Online.

 

 

Lapan teddy bear yang besar itu merupakan kejutan kepada si isteri yang memang gemarkannya dari saat perkenalan mereka. Kejutan ini dijayakan dengan bantuan daripada keluarga Nyda apabila kedua-dua mempelai sedang sibuk melayan tetamu di dewan tersebut.

Menurut Firdaus, beberapa teddy bear tersebut terpaksa diturunkan ketika sesi fotografi berlangsung kerana ruang pelamin yang agak terhad.

“Alhamdulillah, dapat saya hadiahkan teddy bear buat isteri. Dulu mungkin tak boleh beli banyak tapi sekarang dapatlah beli beberapa buah untuk dia,” katanya.

Jika diberikan kejutan, sudah pasti si penerima terharu. Begitu juga Nyda yang memang tidak menyangka pelaminnya itu akan dipenuhi dengan teddy bear sehinggakan dia menitiskan air mata kerana terharu.

“Saya memang suka teddy bear yang besar sebab bukan sahaja comel tapi boleh dipeluk. Masa bercinta dulu, suami memang ada hadiahkan teddy bear tapi hanya bersaiz sederhana.

“Walaupun saya peminat teddy bear bersaiz besar, setiap pemberiannya saya terima seikhlas hati. Saya tak pernah meminta, tapi dia tahu apa yang saya suka. Memang saya teringin nak ada teddy bear banyak. Jadi, bila ada teddy bear masa majlis kahwin kami, memang saya tergamam,” ujar Nyda.

 

 

Anak bongsu daripada 10 beradik ini mengakui dia sudah memiliki lebih 16 patung beruang yang besar saiznya. Menurutnya lagi, sebahagian teddy bear itu disimpan di bilik tidurnya dan sebahagian lagi diletakkan di sebuah bilik di rumah mereka yang terletak di Klang.

“Suami merajuk bila saya peluk teddy bear ni di bilik tidur. Tapi dia merajuk ‘manja-manja’ saja, setakat peluk teddy bear tu dia faham.

“Walaupun dah kahwin, saya masih meneruskan hobi mengumpul teddy bear. Harapnya suami faham-fahamlah ya untuk terus buat kejutan teddy bear dekat saya selepas ni,” katanya secara berseloroh.

Kira ok jugalah suka peluk teddy bear walaupun sudah kahwin dari bantal busuk. Haaa… jangan terkejut. Ada saja yang masih ‘setia’ dengan bantal busuknya walaupun sudah berkahwin tau! kredit– MYNEWSHUB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *