Kijang Merah waspada ancaman Semut Merah

KOTA BHARU: Pengendali sementara Kelantan, Yusri Che Lah mengakui terpaksa melakukan sedikit rombakan ke atas skuadnya untuk berdepan pasukan yang dianggap cukup liat, PKNS FC dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.

Dan pastinya, kehadiran semua pemain import Korea Selatan, Do Dong Hyun akan diberi keutamaan Yusri dalam menyusun strategi menghadapi saingan skuad bimbingan jurulatih berpengalaman, Datuk K Rajagobal.

“Dong akan kembali dalam perlawanan terbabit, jadi kita mengharapkan dia mampu membantu pemain pemain lain untuk memperkuatkan pasukan.

“Ini bukannya rombakan besar, cuma kita akan melakukan sedikit kelainan dalam usaha untuk mendapat mata di laman lawan,” katanya.

Jurulatih berusia 41 tahun kelahiran Perlis itu mengakui skuad bimbingan Rajagobal memiliki barisan kental yang sukar dinafikan lawan dan kemampuan mereka sudah terbukti melalui rekod baik pasukan itu sejak tirai saingan bermula.

Sehubungan itu, tegasnya skuad Kijang Merah perlu segera memperbaiki setiap kelemahan bagi meraih kelebihan berdepan skuad Semut Merah.

“Perlawanan ini bukan satu aksi yang mudah, kerana kita berdepan seteru hebat dan memiliki barisan pemain yang baik.

“Kalau dilihat pada rekod mereka, hanya sekali mereka tewas itupun keputusan sangat tipis jadi saya sifatkan PKNS FC ini cukup liat dan bukan calang-calang pasukan,”

 

kredit:BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *