Lencongan lorong kanan di Jalan Lingkaran Tengah 2

KUALA LUMPUR: Lencongan lorong kanan akan dilaksanakan sepenuhnya di Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS), bermula esok.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dalam satu kenyataan berkata, lencongan bagi kedua-dua arah di sepanjang 1.8 kilometer (km) jalan itu adalah bagi kerja pembinaan lebuh raya seperti pemasangan cerucuk, struktur dan rasuk.

“Kerja ini dijadualkan bermula 30 September dan dijangka berakhir pada 28 Februari 2019.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi panduan keselamatan ditetapkan. Laluan tiga lorong di kawasan itu akan dikekalkan.

“Ciri keselamatan seperti pemasangan kon keselamatan, papan tanda, penghadang plastik dan konkrit akan ditempatkan di kawasan terbabit, selain Emergency Traffic Response Patrol akan bertugas 24 jam bagi menghadapi sebarang kecemasan,” menurut kenyataan itu.

PROLINTAS berkata, pengguna disaran menggunakan Lebuhraya KL-Seremban dan Lebuhraya BESRAYA untuk ke pusat bandar sebagai alternatif.

Lencongan lorong kanan di Jalan Lingkaran Tengah 2 itu akan dilaksanakan oleh Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd iaitu syarikat pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

 

kredit:beritaharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *