Pemandu lori maut nahas dua kenderaan

REMBAU – Seorang pemandu lori disahkan maut selepas tersepit dalam nahas dua kenderaan di kilometer 17.3, Jalan Seremban-Tampin, kira-kira 100 meter dari  Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini, tadi.

Susulan insiden berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Ketua Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan

Penyelamat Rembau, Dzor Yusof bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 1.55 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fuad Majid, pasukannya tiba di lokasi pada jam 2.01 petang dan

mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan mangsa, Chan Swee Hing, 55, yang tersepit di tempat duduk pemandu.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dan kita menyerahkan mangsa kepada polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Asisten Superintendan Nazruel Ekram Abu Shari berkata, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu lori

jenis Hicom yang dipandu mangsa dari arah Seremban dan bas henti-henti dari arah Tampin yang dipandu lelaki berusia lingkungan 50an.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, lori berkenaan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar bahagian hadapan sebelah kanan bas  dari arah bertentangan.

“Pemandu lori mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia.  Manakala, tiga penumpang bas telah mengalami kecederaan

ringan dan di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut.

“Mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat esok.

Nazruel berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

kredit:sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *