Penunggang motosikal cedera rempuh beruang

DUNGUN: Seekor beruang matahari mati selepas dirempuh sebuah motosikal di Kilometer 347.5, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2), dekat susur keluar Kuala Dungun, di sini, petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.50 petang itu, penunggang motosikal terbabit,  Ahmad Hafizzudin Zulkipli, 29, mengalami kecederaan ringan selepas terjatuh apabila merempuh haiwan berkenaan.

Ketika kejadian, Ahmad Hafizuddin yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang ke Kuala Terengganu.

Setiba di tempat kejadian, seekor beruang secara tiba-tiba melintas di lokasi menyebabkan Ahmad Hafizuddin merempuhnya selepas gagal mengelak.

Rempuhan terbabit menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan namun bernasib baik kerana hanya cedera di bahagian dagu.

Mangsa kemudiannya dihantar orang ramai ke Hospital Dungun untuk rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Anggota Peronda Lebuh Raya LPT2 yang tiba di tempat kejadian bertindak menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sebelum bangkai haiwan terbabit dibawa anggota PERHILITAN untuk siasatan lanjut.

 

KREDIT:bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *