Permohonan Baharu BR1M 2018 Dibuka Mulai Isnin

KUALA LUMPUR – Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dibuka mulai Isnin sehingga 31 Disember ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, berkata permohonan dan kemas kini maklumat itu boleh dilakukan secara manual atau dalam talian melalui portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Bagi permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN.

“Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BR1M dihttps://ebr1m.hasil.gov.my,” katanya.

Kementerian itu berkata pasangan kepada penerima BR1M tahun lepas yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun lepas perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018.

Bagi penerima sedia ada, pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial yang lain.

“Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018 yang diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui lama sesawanghttps://ebr1M.hasil.gov.my.

“Kerajaan berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat,” menurut kementerian berkenaan.

Katanya mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membentangkan Bajet 2018 mengumumkan pemberian BR1M pada tahun hadapan akan diteruskan dengan pengekalan kadar maksimum RM1,200. – BERNAMA

Kredit:mynewhub

Waktu Operasi kaunter BR1M 2018 adalah seperti berikut :​​

​8.30pg-5.00 ptg​
​​(ISNIN-JUMAAT)​​

​9.00pg-4.00ptg​
​​(30-31 Dis 2017) minggu akhir​​
​​(SABTU dan AHAD)​​
​​
Bagi negeri PERLIS, PENANG, PERAK, SELANGOR, KL, N.SEMBILAN, MELAKA dan PAHANG​​
​​
8.30pg-5.00ptg​
​​(AHAD-RABU)​​

8.30pg-3.30ptg​
​​(KHAMIS)​​

9.00pg-4.00ptg​
​​(29-30 Dis 2017) minggu akhir​​
​​(JUMAAT dan SABTU)​​

Bagi negeri KEDAH, KELANTAN, JOHOR dan TERENGGANU​​
​​8.00pg-4.00ptg​
​​(ISNIN-JUMAAT)​​

9.00pg-4.00ptg​
​​(30-31 Dis 2017) minggu akhir​​
​​(SABTU dan AHAD)​​

​​Bagi SABAH dan SARAWAK​​
​​d) Tiada kaunter yg akan dibuka pada CUTI UMUM​​
​(MAULIDUR RASUL, HARI KRISMAS dan HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR​
​​(utk negeri Selangor sahaja)​​

Kredit:Brim2018

Panduan Kemaskini eBRIM 2018

Layari portal rasmi di https://ebr1m.hasil.gov.my
Pilih menu SEMAKAN STATUS dan klik SEMAKAN STATUS
Masukkan No. MyKad (12 angka) ke dalam ruangan yang disediakan
Klik butang HANTAR.

Antara respons daripada portal adalah:

Paparan borang permohonan- jika data belum wujud (pemohon baharu)
Kotak mesej dengan mesej “No Pengenalan Tidak Sah. Sila hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran dengan membawa dokumen asal sijil lahir dan pengenalan tuan.”- jika No. MyKad tidak wujud dalam data JPN
Kotak mesej dengan mesej “Permohonan telah wujud dengan no. MyKad: XXXXXXXXXXXX. Sila ambil tindakan di menu Kemas Kini Permohonan.”- jika data telah wujud. Pemohon perlu mengemas kini maklumat peribadi di menu yang dinyatakan.

2. BORANG PERMOHONAN: BAHAGIAN A- MAKLUMAT PEMOHON

RUANGAN

BUTIRAN/ ARAHAN

Nama*

Nama penuh pemohon seperti yang tertera dalam MyKad
Nama pemohon akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud di JPN berdasarkan maklumat MyKad yang dimasukkan.

No. MyKad*

Akan dipaparkan berdasarkan maklumat MyKad.

Tarikh Lahir*

Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud.

Umur*

Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud
Jika tiada paparan, isikan umur pemohon pada Januari 2018.

Jantina*

Pilih dari menu dengan menekan butang anak panah
Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud.

Status Perkahwinan*

Pilih dari menu dengan menekan butang anak panah
Pilihan: Kahwin/Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/ Duda/Bujang.

Tarikh Perceraian/ Kematian Pasangan

Masukkan tarikh perceraian/kematian pasangan jika status perkahwinan pemohon adalah Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda.
Tarikh ini mestilah tidak melebihi tarikh semasa memohon.

No.Telefon Rumah

Masukkan nombor telefon rumah terkini pemohon, jika ada (contoh: 03-12345678)

No.Telefon Bimbit*

Masukkan nombor telefon bimbit terkini pemohon (contoh: 013-1234567)

Pekerjaan*

Pilih jenis pekerjaan pemohon dari menu
Pilihan: Bekerja Sendiri/Penggajian (Makan Gaji/Upah)/ Tidak Bekerja

Nama Bank*

Pilih nama bank yang dilanggani pemohon dari menu
Contoh: CIMB BANK BERHAD

No. Akaun Bank*

Masukkan nombor akaun bank pemohon di bank yang telah dipilih

Alamat e-Mel

Masukkan alamat e-mel pemohon yang aktif

Alamat Surat-Menyurat Terkini*

Masukkan alamat surat-menyurat terkini pemohon, poskod, bandar/daerah dan negeri.
Bandar/Daerah dan Negeri akan dipaparkan secara automatik jika poskod yang dimasukkan adalah sah.
Sekiranya maklumat Poskod yang dimasukkan adalah tidak sah, mesej peringatan akan dipaparkan.

Perhatian: Medan yang bertanda (*) merupakan ruangan yang WAJIB diisi.

3. BORANG PERMOHONAN: BAHAGIAN B- MAKLUMAT SENDIRI/AHLI ISI RUMAH

Sendiri

Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM).
Jika tiada Pendapatan Kasar Bulanan (RM), sila isi “0”.
Jika status perkahwinan adalah kahwin, maklumat pasangan WAJIB diisi.

Pasangan

Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan No. Pengenalan pasangan.
Nama pasangan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN.
Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) pasangan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”.

Tanggungan

Jika mempunyai Tanggungan, sila klik simbol “+” (berwarna biru) di kanan halaman terlebih dahulu sebelum mengisi maklumat tanggungan.
Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan nombor pengenalan tanggungan.
Nama tanggungan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN.
Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) tanggungan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”.
Klik pada simbol  “x” (berwarna merah) di kanan halaman jika ingin menghapuskan maklumat tanggungan yang telah diisi.
Kotak mesej bagi pengesahan hapus maklumat tanggungan akan dipaparkan.
Klik ‘OK’ jika pasti dan MAKLUMAT SENDIRI/ISI AHLI RUMAH akan dipaparkan semula.
Jika klik pada ‘Cancel’, maklumat tanggungan akan dipaparkan semula dan proses hapus maklumat tanggungan batal.
Jika maklumat pasangan/tanggungan tidak wujud di JPN/Agensi, kotak mesej dengan mesej “Sila kemukakan salinan pengenalan ke cawangan LDNHM berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat” akan dipaparkan dan nama perlu diisi secara manual.

4. BORANG PERMOHONAN: BAHAGIAN C – MAKLUMAT WARIS

Pilihan Waris

Sama ada ADA waris atau TIADA waris

Ada

Ruangan di Bahagian C – Maklumat Waris akan dibuka dan wajib diisi.
Maklumat waris akan dipaparkan secara automatik jika wujud maklumat pasangan/tanggungan di Bahagian B.
Pilih hubungan (contoh: Pasangan, Ibu, Bapa , Anak atau Adik-Beradik).
Pilih Jenis Pengenalan dan lengkapkan maklumat waris
Pemohon dibenarkan untuk mengemas kini maklumat waris jika ingin menggantikan dengan waris yang lain.
Jika tiada maklumat di ruangan ini, pemohon perlu mengisi secara manual. Nama waris akan dipaparkan secara automatik jika data wujud di JPN.

Tiada

Jika tiada waris, ruangan di Bahagian C tidak perlu diisi.

5. AKUAN PENGESAHAN

Sila masukkan kod seperti yang dipaparkan pada ruangan Kod Pengesahan di sebelah kiri. Ini adalah untuk mengesahkan anda bukan sebuah robot atau perisian automatik.
Klik butang HANTAR.

6. PAPARAN AKUAN PENGESAHAN

Sebuah kotak mesej dengan akuan pengesahan dan terma dan syarat akan dibuka.
Sila tandakan ruangan “Saya bersetuju dengan terma dan syarat di atas” jika bersetuju dan klik butang SETUJU & HANTAR.
Paparan “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
Klik butang TIDAK untuk kembali pada skrin permohonan sekiranya terdapat pindaan.

7. CETAK PERMOHONAN

Klik butang CETAK untuk cetak permohonan
Klik butang LAMAN UTAMA untuk kembali kepada laman utama
Jika tidak mempunyai perisian Adobe Reader untuk mencetak permohonan, sila klik ikon Adobe Reader (berwarna merah) untuk memuaturunnya.

Berkenaan isu gagal kemaskini sila lihat tip-tip di sini.

Brim 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *