Pernah tak anda jumpa wang / barang berharga di jalanraya atau di tempat awam ? BOLEH atau TIDAK kita ambil duit itu ?

Pernah tak anda jumpa wang / barang berharga di jalanraya atau di tempat awam ? Lepas itu anda was-was nak guna duit itu atau tidak ? Pernah tak rasa macam itu? Persoalannya BOLEH atau TIDAK kita ambil duit itu ?

Jom baca soal jawab bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Soalan :

Jika terjumpa wang / barang berharga di jalanraya atau di tempat awam, adakah ianya boleh digunakan?

Jawapan :

Wang / barang tersebut boleh digunakan dengan syarat hendaklah diisytiharkan terlebih dahulu di tempat awam dalam tempoh satu tahun dengan tujuan mencari pemiliknya. Dalam hal ini, wang / barang berharga yang dijumpai tercicir di jalanan dinamakan barang.

Jika pemiliknya tidak dijumpai maka wang tersebut boleh digunakan dengan niat kalau ada pemiliknya yang menuntut orang yang menggunakan sedia menggantinya.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :
Maksudnya : “( Serahkan barang tercicir kepada pemiliknya ) kalau ia datang menuntut, kalau tidak ada yang menuntut, barang itu menjadi amanah di tangan engkau”. (Riwayat Bukhari) – Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Sila kongsikan, semoga bermanfaat…

Kredit:beritakopak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *