“Polis Kat Depan Mata Pun Nak Bertumbuk Lagi”

TULAR di laman sosial rakaman enam lelaki bergaduh selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong, berhampiran pusat beli-belah, IOI Mall, Puchong, semalam.
Dalam kejadian jam 1.15 petang semalam, pergaduhan yang membabitkan kereta jenis Proton Satria Neo dengan Toyota Vios itu turut menyebabkan kesesakan jalan raya lebih dua kilometer.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu terus mengarahkan sepasukan anggota unit kereta peronda (MPV) ke lokasi kejadian.

Semasa anggota tiba di lokasi, didapati berlaku pergaduhan antara pemandu kenderaan terbabit dan anggota mengarahkan supaya mereka bersurai tetapi mereka enggan mematuhi arahan polis.

“Malah, pemandu kereta Proton Satria Neo bertindak masuk ke dalam kereta dan mengundurkan kenderaan dengan laju serta melanggar kereta Toyota Vios terbabit.

“Akibat rempuhan kuat, kereta MPV polis yang berada di bahagian belakang kereta Toyota Vios turut kemek dilanggar,” katanya memetik Harian Metro.

Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan enam suspek berusia 40-an dan kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

 

kredit:mynewshub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *