Sanchez, Ozil perlu dikekalkan

London: Dengan dua gelaran Liga Perdana, tiga Piala FA dan satu Piala Dunia, Robert Pires sedar apa yang diperlukan oleh seseorang pemain untuk memenangi kejuaraan bersama kelab dan negaranya.

Bekas penyerang Perancis itu menjadi antara nadi kekuatan ketika Arsenal menamatkan musim tanpa sebarang kekalahan dan beliau berkata, kejayaan pada musim akan datang bergantung kepada apa yang mereka lakukan di sepanjang pra musim nanti.

“Musim panas ini akan menjadi tempoh yang sangat penting buat Arsene Wenger,” kata Pires kepada Arsenal Player.

“Pada pendapat saya, beliau perlu berusaha melanjutkan kontrak Alexis Sanchez dan Mesut Ozil.

“Ini adalah perkara paling utama tetapi selepas itu, sudah tentu beliau perlu membawa masuk pemain baru.

Kredit:Harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *