“Sengih Dia Penuh Darah” – Gadis Kongsi Kisah Seram Diganggu Hantu ‘Nang Nak’ Di Hotel

Lumrah sebagai pengembara solo, pasti akan berdepan dengan beberapa situasi ketika berada di negara luar

Mengembara bersendirian memang berbeza sekali dengan mengembara dalam kumpulan. Jika pandang dari segi kewangan, mungkin kos mengembara secara solo adalah lebih tinggi, terutamanya kos bermalam di hotel.

Dari segi keselamatan pula, pengembara solo tentunya lebih vulnerable atau lebih mudah terdedah kepada bahaya. Tak kiralah sama ada bahaya jenayah, bahaya sesat, tidak cukup wang, keseorangan, dan lain-lain

api bagaimana pula jika terpaksa berdepan dengan situasi menyeramkan berkaitan alam mistik dan tahyul?

Seorang gadis @tini.dmy menceritakan detik seram yang perlu beliau hadapi seorang diri semasa menginap di sebuah hotel di negara yang popular dengan mitos hantu Mae Nak atau Nang Nak iaitu Thailand.

Menurutnya, sejurus beliau terjaga pada jam 1.45 pagi, beliau diganggu oleh seorang perempuan berpakaian tradisi lengkap yang sedang menari di depan

Apa jadi selepas itu? Baca perkongsian penuh beliau di bawah:

“Travel seorang ke negara yang ada mitos/kisah benar The Ghost of Mae Nak atau Nang Nak.

“Mula-mula check in hotel duduk sorang. Dalam pukul 1.45 pagi aku terbangun. Masa bangun tu aku terus duduk. Yang paling haru masa duduk tu badan menghadap cermin. Perabot dia memang sebijik zaman perang thailand. Mengucap kejap. Allahu. Tiba tiba ada perempuan pakai baju tradisi thailand menari depan aku.

“Aku melompat ambik passport dengan duit je. Tudung tu kau jangan tanya pakai ke tidak. Memang tak pakai. Turun ke lobi. Disambut dengan lobi gelap penuh dengan patung sembahan diorang. Kau bayangkan degupan jantung aku macam baru habis marathon. Aku tabahkan hati sampai pukul 4 pagi.

“Naik ke bilik, SubhanAllah. Dia tunggu aku kat tab mandi. Masa tu satu kaki kat luar pintu, satu kaki dah dalam bilik. Tangan kiri nak slot in card hotel tu. Tiba tiba lampu kat luar padam. Aku terus lari keluar. Tekan lif nak ke bawah tapi lif tak bergerak. Toleh ke tangga. Lampu padam.

“Aku dok pandang je pintu bilik. Sebab bilik aku dengan lif berdepan je. Perlahan-lahan bilik aku kena bukak dari dalam. Omg. Jantung aku putus. Dengan pakaian tradisi dia. Dia angkat kepala. Senyum kat aku. Sengihan dia penuh darah.

“Baru nak tarik nafas, dia dah depan aku. Cepatnya dia lari setan ni. Aku tak fikir panjang. Terus turun ikut tangga. Kat tangga tingkat empat, aku jumpa cleaner. Aku minta tolong tapi bahasa Thai aku tak faham. Aku nak lari tapi dia genggam tangan aku bawak masuk pantry.

At first aku tak faham apa dia cakap. She just mumbling her Thai language. Wtf! Suddenly she took my phone. Translate! Translate! Oh dia suruh aku translate. Aku cari google translate dan dia pun start menaip.

“Katanya, hantu perempuan tu anak dia. Kena bunuh dalam bilik tempat aku tidur tadi oleh tuan punya hotel. Dia kerja kat situ nak membela nasib anak dia. Jadi kami berborak sampai pagi.

“Dah pagi tu dia hantar aku ke bilik. Rupa bilik masih macam yang ditinggalkan. Aku toleh belakang, cleaner tu bercakap sendirian kat depan cermin. Aku biarkan. Dia nak tanya khabar anak dia kot. Aku kemas bilik dan pack barang. Yes, tak mandi. Lepas tu aku minta izin balik.”

kredit:ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *