Seorang maut kereta rempuh gerai cendol

KUANTAN: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar gerai cendol di Jalan Rumpun Makmur-Kuala Krau, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan jam 8.25 pagi itu, mangsa, Muhamad Syazwan Yaadkop, 26, berasal dari FELDA Jengka 24, dekat Maran meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan di kepala selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh Hashnuddin Hussin, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan.

“Setiba di tempat kejadian, mangsa ditemui tersepit di tempat duduk pemandu. Kami mengambil masa hampir 10 minit untuk mengeluarkan mayat yang kemudian dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Mohd Noor Yusof Ali, berkata pihaknya menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ketika kejadian, gerai cendol itu tidak beroperasi dan hanya dibuka jam 10 pagi,” katanya.

kredit:beritaharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *