Simic tolak TRW??

HASRAT Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang mahu mengikat penyerang import serba boleh Marko Simic tidak kesampaian selepas pemain itu menolak tawaran mereka.

Menerusi akaun Instagram kelab penyokong Kelantan, Kelantan FC Pride & Soul memaklumkan pemain kelahiran Croatia itu mengesahkan menolak tawaran kontrak yang dikemukakan KAFA baru-baru ini.

Dalam satu entri bergambar itu, pemain terbabit memohon maaf kepada semua penyokong selepas tidak dapat menerima tawaran KAFA.

“Minta maaf semua… saya tidak terima tawaran itu, saya berharap semua (penyokong dan pasukan Kelantan) lakukan yang terbaik (musim depan),” katanya.

Difahamkan, sebelum ini Simic sudah menyatakan persetujuan untuk bersama The Red Warriors bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Dua hari lalu, bekas pemain Melaka United itu bersama Misagh Bahadoran dari Filipina dilaporkan melengkapkan dua kuota import Kelantan musim depan.

 

 

kredit:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *