Rogol kenalan depan orang

KOTA BHARU: Seorang anggota tentera dihukum penjara 16 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan merogol remaja di hadapan individu lain di Pasir Puteh pada Oktober 2015.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Bukhori Muhammad Zawawi, 21, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.

Bagaimanapun, peguam Datuk Shukri Mohamed memohon mahkamah menangguhkan hukuman itu kerana akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Nazri menetapkan esok untuk membuat keputusan berhubung permohonan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol seorang remaja berusia 18 tahun di hadapan orang lain di Bukit Peraksi Semerak, Pasir Puteh jam 11 malam pada 15 Oktober 2015.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2)(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Azlinawati Arshad memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat selain mangsa trauma akibat kejadian itu.

 

kredit:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *