Terbabas elak babi hutan melintas

RANTAU PANJANG – Seorang pemuda cedera ringan selepas kereta dipandu terbabas dan terjunam ke dalam parit sedalam hampir lima meter, di Gual Mesa, jam 3 petang semalam.

Mangsa, Owi Kim Shu, 21, berkata, dia memandu kereta sendirian ketika dalam perjalanan pulang ke Machang, selepas menghantar rakan di Rantau Panjang.

Menurutnya, tiba di lokasi kejadian, dia terkejut apabila secara tiba-tiba seekor babi hutan melintas jalan.

“Saya terus elak namun kereta gagal dikawal menyebabkan ia terjatuh di dalam parit ini.

“Melihat pada kerosakan pada kereta dan kedalaman parit yang dipenuhi air, tak sangka saya terselamat,” katanya.

Kim Shu berkata, walaupun kereta mengalami kerosakan teruk, namun dia bersyukur kerana hanya mengalami cedera ringan.

“Saya bersyukur kerana kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain kerana ketika itu, laluan Pasir Mas Rantau Panjang agak sibuk.

“Saya tak pernah alami pengalaman seperti ini dan berharap tidak trauma selepas ini,” katanya.

 

 

kredit:SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *