TMJ Guna Morgan 3 Wheeler Kembara Mahkota Johor

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menggunakan kenderaan Morgan 3 Wheeler dalam program Kembara Mahkota Johor tahun ini.

Kenderaan unik tersebut memaparkan logo pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merupakan kelab bola sepak milik baginda selain coraknya berkonsepkan Harimau Selatan.

“Kembara Mahkota Johor akan diadakan pada 9 hingga 12 September 2017.

 

 

 

“Kenderaan Morgan 3 Wheeler berkonsepkan JDT yang memaparkan corak Harimau Selatan dan logo JDT di badan kenderaan tersebut ini akan menjelajah setiap daerah negeri Johor,” kata laman Facebook rasmi JDT, semalam.

Kembara Mahkota Johor yang diperkenalkan sejak 2001 menjadi salah satu ‘ikon’ di negeri itu bagi merapatkan jurang dan mengeratkan hubungan antara istana dan rakyat.

Saban tahun, program itu sentiasa dinantikan oleh rakyat Johor dan berlangsung dengan meriah apabila kesemua 10 daerah dijelajahi baginda.

Semua itu dilakukan untuk memastikan baginda dapat bertemu dan mendengar sendiri masalah atau pandangan rakyat.

 

video Hiasan:

 

kredit– MYNEWSHUB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *