(Video) Gara-Gara Silap Langkah Ketika Berselfie, Pelajar Rosakkan Barang Seni Bernilai RM850,000

Cubaan berselfie seorang pelajar bersama barangan seni membawa padah apabila dia secara tak sengaja merosakkan barangan tersebut yang menyebabkan kerugian bernilai $200,000 (RM850,000).

Video CCTV merakamkan bagaimana kejadian yang bertempat di Los Angeles itu berlaku.

Barangan-barangan seni yang diletakkan di atas kotak segi empat tepat itu mulai jatuh seperti domino apabila pelajar berkenaan cuba duduk untuk bergambar selfie dengan barangan itu.

Difahamkan, wanita itu cuba berselfie dengan sejenis mahkota yang direka oleh artis Hong Kong, Simon Birch. Wanita itu hilang keseimbangan badan, terjatuh ke arah kotak itu dan menyebabkan efek domino itu berlaku.

Dalam satu kenyataan kepada New York Times, Birch berkata kerosakan diangarkan bernilai RM850,000 dengan tiga dari mahkotanya rosak secara kekal.

Apabila ditanya sama ada dia akan terus melangsungkan pameran lebih langkah keselamatan supaya perkara sama tidak berulang, Birch memberi respon: “Jika kamu cuba mereka sesuatu yang anti orang bodoh, dunia ini akan reka orang yang lagi bodoh.

Dalam satu temuramah dengan Red Star News, Birch mengulas bahawa ‘orang bodoh’ yang dimaksudkan olehnya adalah seorang pelajar China yang belajar di universiti tempatan dan dia tidak merancang untuk menuntut ganti rugi dari wanita terbabit.

“Ia bukannya masalah besar dan tiada siapa pun cedera.” katanya sambil menambah ia hanya satu kejadian yang tidak disengajakan.

Tonton video kejadian dibawah:

kredit:siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *