Seorang budak telah dibelasah oleh sekumpulan perusuh sebelum dia dibakar hidup-hidup hingga mati.Kejadian ini berlaku di daerah Badagry di ibu negara Nigeria ini.
Rakaman menunjukkan kanak-kanak itu dengan mukanya berdarah mengangkat tangan sambil orang ramai mengelilinginya dalam keadaan kakinya yang terikat.
Dia dituduh merompak peniaga tempatan dan juga mengancam membunuh penduduk sebelum ditangkap.
Kanak-kanak itu(namanya tidak dinyatakn) dipukul berulang kali walaupun merayu supaya dimaafkan.
Seorang lelaki dilihat cuba meletakkan tayar terpakai pada lehernya
Ia bertujuan untuk mencurahkan minyak tanah pada tayar berkenaan sebelum api dinyalakan untuk membakar mangsa
Budak itu berjaya menolak tayar itu.namun dia tetap dibakar hingga mati walaupun sebahagian penduduk mendesak dia diserahkan kepada polis
Video itu dimuat naik ke media sosial dengan ada pengguna berkata,budak itu berusia 15 tahun dan ada yang berkata dia mungkin berumur 7 tahun.
Budak itu didakwa ditangkap di sebuah pasaraya katika cuba mencuri makanan.
Dia sebelum ini ditangkap beberapa kali kerana kesalahan sama di samping merompak penduduk tempatan
kredit:kakiviral2tm
kredit:oh awan