Wanita parah kereta terbabas dalam longkang

KUALA SELANGOR – Seorang wanita parah manakala suami dan dua anaknya cedera ringan selepas kereta terbabas dan terjunam ke dalam longkang di KM8.5 Lebuhraya Latar, petang tadi.

Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, mangsa, Norliza Mohd Romli, 41, yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu suaminya, Hashim Ijam, 45, bersama dua anaknya, Mohd Adif Hashim, 6, dan Muhd Haziq Hashim, 12.

Kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Puchong menghala Kuala Selangor sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan jenis Toyota Camry yang dikatakan cuba mengelak objek di lorong kanan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab menjelaskan, Norliza yang parah akibat pendarahan di kepala dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Suami dan anaknya masing-masing mengalami kecederaan ringan mendapatkan rawatan di hospital sama manakala pemandu Toyota Camry dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes masih disiasat dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikendalikan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kuala Selangor, Sarjan Ghufar Basiran,” katanya.

 

kredit:SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *